Adakah Anda Yakin dan Pasti Kebajikan Ahli Keluarga Tersayang Akan Terjaga Selepas Anda Meninggal Dunia?
Sekiranya anda jatuh di dalam kategori berikut, laman ini adalah khas untuk anda :
Tanya soalan ini kepada diri anda :
Mahukah anda membiarkan orang-orang yang anda sayangi melalui semua cabaran di atas sebelum mereka menerima harta pusaka anda?
Bukankah harta pusaka anda jika dapat diterima dengan mudah, lancar dan PERCUMA ( tanpa kos pengurusan ) akan memberi banyak manfaat untuk orang-orang kesayangan anda meneruskan kehidupan mereka walaupun tanpa anda di sisi?
Sebelum ianya berlaku, ini adalah TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PEMILIK HARTA untuk merancang harta anda agar kebajikan keluarga terjaga.
Ini kerana masalah perancangan pewarisan harta adalah satu isu yang besar dalam masyarakat.
Al-Imam al-Qurtubi apabila menafsirkan ayat tersebut telah menyebutkan bahawa:
Ayat ini adalah asas bagi perbahasan masalih al-syar’iyyah iaitu menjaga agama, diri, akal, nasab dan harta. Maka setiap perkara yang menjadi jaminan dalam mencapai tujuan tersebut adalah suatu kebaikan. (rujukan Al-Tafsir al-Wasit li Al-Quran al-Karim, Muhammad Sayyid al-Tantawi (Sheikh al-Azhar))
Maka, membuat perancangan harta bagi menjamin kelestarian hidup ahli keluarga yang ditinggalkan kelak adalah suatu kebaikan dan dalam situasi-situasi tertentu boleh menjadi satu kewajipan.
Antara kaedah merancang harta yang dibenarkan di dalam Islam ialah Wakaf, Hibah, Sedekah, Wasiat, Amanah.
Dalil Hibah
AL-QURAN: Surah al-Nisa ayat 4
Maksudnya: Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
HADIS:
Maksudnya: “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari)
Memegang reputasi syarikat amanah patuh Syariah paling besar di Malaysia dari sudut nilai harta yang dirancang dengan pengalaman 20 tahun semenjak 2004, Wasiyyah Shoppe Berhad telah membantu lebih dari 80,000 orang Islam untuk merancang harta mereka terutama melalui kaedah HIBAH.
Lebih dari RM 700 juta nilai harta pusaka telah berjaya dibantu urus oleh Wasiyyah Shoppe Berhad sehingga ke peringkat waris-waris telah menerima harta pusaka yang menjadi hak mereka.
Wasiyyah Shoppe Berhad ialah pelopor kepada kaedah HIBAH di Malaysia dan menerajui segmen HIBAH HARTA BERCAGAR yang diperkenalkannya pada 2017. Melalui kaedah inovatif ini, umat Islam yang membeli rumah melalui pinjaman bank boleh menghibahkan rumah mereka kepada orang-orang tersayang seperti pasangan dan anak-anak. Rumah yang dihibahkan ini akan menjadi milik penerima hibah dan tidak akan tertakluk kepada Hukum Faraid.
Selain daripada hibah untuk harta yang masih bercagar, melalui pembangunan perkhidmatan patuh Syariah berteraskan penyelidikan ilmiah, Wasiyyah Shoppe Berhad juga menawarkan perkhidmatan HIBAH untuk harta-harta lain seperti hartanah ( tidak bercagar ), barang kemas, kenderaan, saham syarikat, saham koperasi, pelaburan di dalam saham amanah termasuk pelaburan di ASNB ( ASB, ASN), akaun emas, pelaburan di dalam private equity, akaun CDS, pelaburan di dalam Amanah Hartanah Berhad dan barang berharga.
TADBIRURUS KORPORAT TERBAIK WASIYYAH SHOPPE BERHAD MEMASTIKAN SEMUA AMANAH YANG ANDA BERIKAN KEPADA KAMI DIJALANKAN SEBAIK MUNGKIN.
Bagi menjamin semua amanah yang diberikan pelanggan dapat dilaksanakan dengan sempurna, Wasiyyah Shoppe Berhad mengaplikasi TAHAP TADBIRURUS KORPORAT TERBAIK seumpama syarikat senaraian awam. Segala peruntukan Akta Syarikat Amanah 1949 ( Akta 100 ), Akta Syarikat 2016 dan Malaysian Code of Corporate Governance 2021 dipatuhi sepenuhnya ( in full compliance ).
Dibarisi oleh 8 orang ahli Lembaga Pengarah berkelayakan yang setiap seorang daripadanya memiliki pengalaman melebihi 25 tahun di dalam bidang masing-masing ( pengalaman terkumpul 200 tahun ), tokoh perbankan Islam, tokoh korporat, pakar ekonomi, akauntan, peguam, bekas hakim dan pakar perancangan harta ini memastikan halatuju strategik dan operasi Wasiyyah Shoppe Berhad bergerak lancar dan cekap dalam memastikan urusan pelanggan dan waris-waris disempurnakan sebaik mungkin.
Ahli Lembaga Pengarah
Bagi memastikan umat Islam Malaysia mendapatkan perkhidmatan perancangan harta yang patuh Syariah sepenuhnya, 7 orang ahli Panel Syariah yang berkepakaran dan berpengalaman luas di dalam fiqh mawarith dan urusan penghartaan orang Islam dengan setiap seorang daripadanya memiliki pengalaman melebihi 25 tahun, menerajui usaha ini. Selain patuh Syariah, semua perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad juga boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang semasa di Malaysia.
PENGIKTIRAFAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN WASIYYAH SHOPPE BERHAD
Sebelum merancang harta bersama Wasiyyah Shoppe Berhad, anda mesti mahukan kepastian bahawa perkhidmatan kami memang sebenarnya berkesan dan boleh membantu anda mencapai hasrat anda, betul tak ?
Wasiyyah Shoppe Berhad telah menerima daripada lebih 300 perintah pengesahan hibah dari Mahkamah Syariah seluruh Malaysia semenjak 2004 yang merupakan testimoni dan bukti betapa perkhidmatan HIBAH kami berkesan dari sudut undang-undang dan boleh berkuatkuasa.
Selain daripada itu, Wasiyyah Shoppe Berhad juga telah menerima pelbagai anugerah peringkat antarabangsa dan tempatan yang mengesahkan lagi kedudukan kami sebagai peneraju industri perancangan harta secara Syariah di Malaysia.
Oleh itu, rancanglah harta anda melalui perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad hari ini.
Umat Islam selalu salah faham definisi HARTA dan HARTA PUSAKA.
HARTA ialah segala milikan kita semasa kita masih hidup dan ia berdaftar di atas nama kita sendiri. Akaun bank, rumah, tanah, kenderaan, ASB, ASN, saham amanah, barang kemas, saham syarikat, saham koperasi … itu semua ialah HARTA KITA selagimana kita masih hidup. Selagi kita masih bernyawa kita Islam membenarkan kita untuk menghibahkan, mewakafkan, menyedekahkan, menghadiahkan harta milik kita ini kepada siapapun yang kita kehendaki waimah menggadai atau menjualnya pun dibenarkan oleh Islam. Tiada sesiapapun boleh menyekat kita dari bertindak sedemikian kerana harta ini milik kita dan kita berkuasa sepenuhnya untuk menguasai ( bertasarruf ) ke atasnya.
2 Cara Mudah Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Hibah
di Wasiyyah Shoppe Berhad
Rancang Harta Anda Secara Online
Apa Kata Mereka Yang Telah Dapat Merancang Harta Pusaka Melalui Wasiyyah Shoppe Berhad?
Limited Untuk 69 Orang Yang Mendapatkan Khidmat Kami
Berpeluang Memenangi Cabutan Bertuah Emas Yang Bernilai RM XXX
Diskaun Istimewa Aplikasi UsraHDD
*Promosi Sehingga 30 Jun 2024
Hubungi Pakar Kami di Whatsapp dan Dapatkan Konsultasi Secara Percuma dari Pakar Hibah Kami
Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pemilik harta,
Bertindak segera kerana urusan harta yang bakal ditinggalkan itu mungkin menjadi punca perbalahan dan perpecahan keluarga anda.
Harta yang ditinggalkan demi kebajikan dan kesejahteraan keluarga , namun mungkin sebaliknya akan terjadi sekiranya anda melepaskan tanggungjawab anda untuk menguruskan harta kepada waris anda.